Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu



Definisi : butir-butir padi dlm beras atau nasi, gabah; ~ berkumpul sama ~, beras bersama beras = bersisih ~ dgn beras prb terasing orang miskin (hina) drpd orang kaya (mulia); janjian ~ tiada ceruh prb nasib yg malang tidak akan baik, malang juga selamanya; laksana ~ meluĀ­kut (lemukut), lapar sangat baru berguna prb barang sesuatu yg tidak berharga dan kurang baik berguna juga dlm masa kekurangĀ­an; tidak tahu ~ terkunyah prb tidak berasa bahawa telah melakukan sesuatu yg tidak patut. (Kamus Dewan Edisi Keempat)
Tesaurus
Tiada maklumat tesaurus untuk kata antah I

Puisi
 

Orang Jawa bersampan panjang,
     Sarat muatan antah padi;
Kalau sudah berkasih sayang,
     Ilmu tidak berguna lagi.


Lihat selanjutnya...(2)
Peribahasa

Yang pipit sama pipit,
     yang enggang,
sama enggang.

Bermaksud :

Setiap orang selalu mencari orang yang sama derajat (darjat, pangkat ataupun kedudukan) dengannya. (Peribahasa lain yang sama makna: a. Antah berkumpul sama antah, beras bersama beras, b. Burung pipit sama enggang, mana boleh sama terbang, c. Yang enggang sama enggang juga, yang pipit sama pipit juga).

 

Lihat selanjutnya...(17)